Thursday, December 8, 2011

Koranggggggggggggggggggggggg...........!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Hello hye .


OK hari ni saya nak mengaku macam macam perkara .
Khas untuk anda semua yang mengenali saya dan sudi membaca.


Ok , saya nak minta maaf kepada kalian kalau saya pernah :







  • Mengguriskan hati anda
  • Menyakitkan hati anda
  • Mengambil hak anda
  • Memarahi anda tanpa sebab yang kukuh
  • Memaki hamun anda jika tak puas hati
  • Membuat perkara yang tak menyenangkan anda
  • Mengusik anda tatkala bosan
  • Mengutuk anda
  • Mengumpat anda
  • Menyampaikan info yang kadangkala salah dan tak tepat
  • Membuat anda menangis
  • Membuat anda mengamuk
  • Membuat anda mengaruk
  • Membuat anda susah hati
  • Tak puas hati dengan apa yang anda lakukan
  • Menyalahkan anda di atas kesalahan saya
  • Membuat "fakesmile" dengan anda
  • Mengkritik anda sehingga makan diri sendiri
  • Menipu anda
  • Memberikan beribu alasan kepada anda
  • Meniru anda
  • Meng "copycat' anda 
  • Mengiraukan anda 
  • Menggunakan barang anda sesuka hati
  • Kadangkala meninggalkan anda


Dan macam macam lagi kesalahan.
Di sini, saya ingin menyusun sepuluh jari dan meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kesalahan kesalahan yang pernah saya lakukan terhadap anda sedangkan saya tak perlu membuat kesalah tersebut.


Apa yang saya pernah lakukan bukanlah saya rancang.
Ada yang disengajakan dan ada yang tidak disengajakan.
Semua ini telah tertulis di Luh Mahfuz .
Semua perkara yang saya lakukan adalah dengan takdir Allah.
Sedangkan saya menaip dan berfikir ini pun Allah telah tentukan.


Saya hanyalah seorang insan biasa yang tak lari dari membuat kesalahan dan kesilapan.Saya juga seperti manusia lain , Saya tak sempurna. Saya hanya lah insan yang lemah yang hanya mampu mendengar nasihat jikalau saya membuat kesilapan.Yang hanya mampu menitiskan air mata tatkala kesedihan.Yang hanya mampu menyimpan segala perasaan di dalam hati kerana tak mampu diluahkan.Yang hanya mampu melukakan hati anda anda semua.Yang hanya mampu ketawa jika gembira.Yang hanya mampu berdoa kepada Allah agar hidup saya bertambah tenang dan gembira.Yang hanya mampu meluahkan segala apa yang tersimpan di dalam hati kepada Allah.


Namun,
Kadangkala tak semua orang suka terhadap apa yang saya lakukan.
Tak semua orang selesa dengan diri saya.
Tak semua orang senang berkawan dengan saya.
Tak semua orang mampu melayan karenah saya.
Tak semua orang boleh menerima saya seadanya.
Tak semua orang berfikiran positif terhadap diri saya.


Jadi , sampai di sini sahaja coretan saya untuk post kali ini.
Lagi sekali,
Saya ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada anda jika saya ada membuat beribu dan berjuta kesalahan serta kesilapan terhadap anda.


Saya harap anda dapat memaafkan saya dengan hati yang ikhlas.
Hanya itu pinta saya , tak lebih dari itu.


Sekian terima kasih ,
Wassalam.


  Ikhlas dari,
  Nurin Firzanah Binti Abd Mutalib.                                                         
                                                 

No comments:

Post a Comment